AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Lancar Produk Pembiayaan Baharu, Agro Teras, Khusus Untuk Bantu Golongan B40



KUCHING– Agrobank hari ini telah melancarkan satu program pembiaayaan mikro yang yang dikenali sebagai Agro TERAS. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En Buckland Anak Bangik yang mewakili Yang Berhormat Datuk Ammar Doughlas Unggah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Seramai 200 orang tetamu hadir di majlis yang diadakan di PNK Sri Muara.   

Agro TERAS merupakan satu produk pembiayaan yang diperkenalkan khusus bagi membantu usahawan mikro yang tergolong dari kumpulan B40 yang mengusahakan aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian dan industri asas tani.

 Menerusi pembiayaan ini, Agrobank menawarkan pembiayaan secara berperingkat iaitu RM 5,000 pada pembiayaan pertama dan meningkat sehingga RM30,000 mengikut kemampuan dan rekod pembiayaan pemohon.

Menurut YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank, program pembiayaan Agro Teras ini merupakan inisiatif Agrobank dalam membantu usahawan mikro yang tergolong dalam kumpulan B40 untuk mendapatkan pembiayaan kewangan khsus bagi mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian mereka.

“Agrobank sentiasa prihatin dalam memenuhi keperluan komuniti yang kurang mendapat liputan (serving the unserved and underserved). Berdasarkan proses yang direkodkan, program ini mampu menjangkau (outreach) kepada golongan sasaran yang tepat. Rekod menunjukkan peserta Program Agro TERAS  adalah terdiri dari kumpulan B40 di mana purata pendapatan kasar tahunan (average annual gross income) mereka  adalah RM 32,000 atau RM2,300 sebulan. Agrobank berharap agar pembiayaan Agro Teras ini dapat membantu untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Menurut Bauckland, usaha Agrobank untuk memperkenalkan produk Agro TERAS adalah langkah yang bijak dalam membantu usahawan mikro terutamanya dalam meningkatkan taraf dan sosio-ekonomi mereka. “Inisiatif Agrobank ini amat bertepatan dengan keperluan golongan B40 kerana golongan ini dan ia secara tidak langsung membina keyakinan mereka untuk terus membesarkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Produk ini juga selaras dengan pelan rancangan Strategik Rancangan Malaysia Ke 11  iaitu “Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat” melalui “Menaikkan Taraf Hidup Kumpulan B40” melalui pembiayaanyang berterusan,” kata En. Bauckland Anak Bangik

Untuk fasa pertama, pelaksanaan program ini dibuat secara berperingkat dan Sarawak dipilih sebagai tapak  projek rintis (pilot site). Setakat ini, sebanyak 646 permohonan telah diterima sejak produk ini mula ditawarkan Mac yang lalu.