Agrobank Catat Prestasi Memberangsangkan Untuk Tahun 2017
KUALA LUMPUR – Agrobank, bank yang dimandatkan untuk memperkasa industri
pertanian negara telah merekodkan pertumbuhan memberangsangkan bagi tahun
2017 dengan nilai pembiayaan keseluruhan kira-kira RM9.5 billion, dengan peningkatan
pertumbuhan sebanyak 8.4%, setakat November 2017.
Menurut Masaat Awadz, menangung tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif
Agrobank, peningkatan pembiayaan pertanian meningkat seiring dengan peningkatan
pasaran dan permintaan untuk pengeluaran pertanian dan industri asas tani. Selain
itu, Agrobank juga masih kekal menerajui pembiayaan untuk sektor agromakanan
dengan catatan pertumbuhan sehingga 12.9% dengan nilai keseluruhan RM3.5 billion
berbanding RM3.1billion pada tahun lalu.
“Peningkatan memberangsangkan ini seiring dengan komitmen Agrobank yang
sentiasa proaktif dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang relevan dan
bersesuaian dengan keperluan pelanggan terutamanya komuniti agro yang rata-rata
adalah berasaskan makanan. Dalam apa jua keadaan ekonomi, akan terus ada
permintaan untuk makanan dan prospek untuk pertanian dan agromakanan akan terus
meningkat,” demikian menurut Puan Masaat.
Tambah Puan Masaat Awadz lagi, fokus Agrobank kepada industri agromakan negara
adalah seiring dengan hasrat dan sasaran kerajaan yang telah termaktub dalam Dasar
Agromakanan Negara 2011-2020 iaitu memastikan bekalan makanan negara terjamin
dan membantu perkembangan bisnes pertanian.
“Sebagai sebuah bank yang lebih memahami sektor pertanian, Agrobank menawarkan
pembiayaan komprehensif yang meliputi aktiviti pertanian dari sektor huluan dan hiliran
yang meliputi pelbagai jenis perniagaan berasaskan pertanian.
“Selain itu, Agrobank sentiasa mendukung hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar
kebergantungan negara terhadap makanan import. Setakat ini, rekod positif yang
ditunjukkan untuk segmen agromakanan memberikan keyakinan kepada kami untuk
terus memberikan penekanan kepada segmen ini. Untuk makluman,
agromakanan menyumbang sebanyak RM36.5 bilion atau tiga peratus kepada Kadar
Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” jelas Puan Masaat lagi.
Bagi memenuhi keperluan bisnes agro yang meningkat, Agrobank telah
memperkenalkan pusat pembiayaan khusus untuk kawasan wilayah agro yang
strategik. Dalam tahun 2017, Pusat Pembiayaan Korporat di Kuching telah dirasmikan
dalam bulan Julai 2017, manakala Pusat Pembiayaan Komersil di Hutan Melintang
telah dirasmikan dalam bulan Nov 2017.
“Konsep Pusat Pembiayaan khusus ini telah diperkenalkan oleh Agrobank untuk
menwujudkan pusat yang memberi pengkhususan pembiayaan pembiayaan kepada
dua jenis pembiayaan iaitu komersial dan korporat. Untuk pembiayaan komersial,
Agrobank menawarkan pembiayaan bernilai RM51,000 sehingga RM10 juta. Manakala
untuk pembiayaan korporat kami menawarkan pembiayaan bernilai lebih RM10
juta. Pusat-pusat ini diperkenalkan di kawasan yang mempunyai impak agro yang
tinggi dan khusus untuk memberi khidmat nasihat untuk pembiayaan berskala
sederhana dan besar,” jelas Puan Masaat lagi.
Selain itu, Puan Masaat menjelaskan bahawa Agrobank yakin prospek dalam bidang
pertanian dan industry 2018 akan kekal optimis berdasarkan permintaan dan potensi
pasaran. Dalam pembentangan Bajet 2018 pada bulan Oktober yang lalu, YAB
Perdana Menteri telah mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah untuk industri
pertanian yakni sebanyak RM6.5 billion. Di samping itu beliau turut mengumumkan
sumber kekayaan baru pertanian seperti durian, kelapa, nenas dan juga burung
walit. Potensi bisnes agro dijangka akan terus meningkat dan Agrobank akan terus
menyokong strategi pertanian negara.