AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Sumbang RM35,000 Zakat Perniagaan Kepada MAIK



KOTA BHARU, KELANTAN – Agrobank hari ini menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM35,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (MAIK) pada satu majlis penyampaian yang berlangsung pada 5 Mac 2019. Zakat perniagaan tersebut telah disampaikan oleh Puan Suhaili Bt Mohd Razali, Ketua Unit Perkhidmatan dan Jualan Agrobank Wilayah Kelantan Terengganu kepada Dr Haji Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, sumbangan zakat ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf serta secara tidak langsung dapat mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi mereka.

“Sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab dan menyedari tentang peningkatan kos sara hidup, pihak Agrobank berharap usaha murni ini dapat membantu golongan asnaf menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. 

“Zakat mempunyai nilai kemanusiaan yang mendalam. Melalui zakat, ianya dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan hubungan di kalangan masyarakat dengan mengagihkan kekayaan kepada golongan miskin dan yang memerlukan. Pembayaran zakat juga membantu memurnikan jiwa dan mendorong seseorang untuk bersyukur atas karniaan Allah S.W.T.,” tambah Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan.