AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Pemenang Utama Kempen Kita-Kita Aje Bawa Pulang 1kg Jongkong Emas



SERDANG, SELANGOR – Agrobank hari ini meraikan tujuh (7) orang pemenang ‘Kempen Kita-Kita Aje’ di majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sempena majlis sambutan hari raya Aidilfitri Agrobank yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor.

‘Kempen Kita-Kita Aje’ yang merupakan salah satu inisiatif bank untuk mempromosikan produk berasaskan fi ini telah berlangsung bermula pada 1 Jun 2018 sehingga 31 Mac 2019 terbuka kepada pelanggan Agrobank yang melanggan produk berasaskan fi seperti AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Mabrur-i, Agro Nurani, Agro Madani dan penulisan Wasiat.

Dua (2) pemenang utama telah membawa pulang hadiah berupa jongkong emas 999.9 seberat 1kg dan sebuah Honda HRV 1.8L. Pemenang bertuah lain yang hadir turut memenangi pakej dekorasi rumah IKEA, pakej umrah / percutian dan komputer Mircrosoft Surface Pro dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM2 juta. Selain itu juga, melalui ‘Kempen Kita-Kita Aje’ seramai 30 orang pemenang telah terpilih sebagai pemenang bertuah dan memenangi hadiah berupa baucer PETRONAS bernilai RM500 serta deposit bernilai RM500 melalui akaun FRIA-i Agrobank. Berikut adalah senarai pemenang utama bagi ‘Kempen Kita-Kita Aje’:

“Sepanjang 50 tahun penubuhan Bank, Agrobank komited dalam usaha membantu memperkukuhkan ekonomi negara melalui sokongan dan penyediaan kredit yang menyeluruh untuk komuniti pertanian. Kami akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.  Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dimandatkan untuk memakmurkan sektor pertanian, kami sememangnya amat berbangga melihat pencapaian dan  kejayaan agropreneur sepanjang 50 tahun penubuhan Agrobank dan diharap usaha memajukan sektor pertanian ini akan terus berjaya,” tambah Syed Alwi.

Untuk makluman, sambutan hari raya kali ini adalah bermakna kerana Agrobank turut meraikan ulang tahun ke-50nya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan misi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia, Agrobank teruk melangkah kehadapan dan terlibat secara aktif dalam membantu membangunkan sektor pertanian negara dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah.Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini merupakan salah satu inisiatif Bank untuk meningkatkan deposit kos rendah Bank menerusi produk AgroPrimaS di samping mempromosikan produk berasaskan fi lain seperti produk perlindungan Takaful Kasih Plus yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM10 dengan manfaat perlindungan bernilai RM10,000 (1 tahun). 

Turut berlangsung di majlis ini juga adalah penyampaian sumbangan zakat daripada Agrobank berjumlah RM104,500 kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim daripada lima (5) buah pertubuhan.

Majlis berlangsung bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfiti Agrobank 2019 yang diserikan oleh sekurang-kurangnya 1,200 orang tetamu daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Bank Negara, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak berkepentingan Bank, para pelanggan dan rakan media.