IKON AGRO kembali lagi di musim yang ke-2! Saksikan IKON AGRO, setiap hari Khamis jam 8.30 malam di saluran 501 Astro Awani bermula 1 Ogos 2019 ini.
IKON AGRO adalah siri rancangan dokumentari yang memaparkan usahawan berjaya dalam bidang bisnes agro. Siri musim yang ke-2 ini akan menyaksikan ikon-ikon Agro berkongsi pengalaman dalam membina perniagaan yang berjaya, menempuh cabaran, inspirasi serta sumbangan mereka menyediakan keperluan bekalan dan keselamatan makanan kepada semua.
Episod 20 (12 Disember 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 20 mengisahkan perusahaan tanaman cili fertigasi melalui adaptasi daripada teknologi pertanian pintar ‘Internet of Things (IoT)’ dengan konsep ‘e-Satellite Farm’ yang mana ia merupakan sistem ladang yang diaktifkan, dikawal dan dipantau oleh telefon pintar. Sistem ini memang jelas menjimatkan kos dan meningkatkan hasil. Ikuti kisah Norhashim Bin Kamisan, Pengarah Urusan Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd. dalam memberi khidmat teknikal untuk pemasangan sistem fertigasi, membimbing serta mewujudkan usahawan yang terlatih dan mahir dalam penggunaan dan pengamalan penanaman melalui teknologi fertigasi serta bagaimana Agrobank telah membantu usahawan ini dalam menjalankan pertanian melalui teknologi fertigasi. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam ini di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 19 (5 Disember 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 19 mengisahkan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan logistik, gudang sejuk beku dan penghantaran sehingga ke Borneo. Ikuti kisah John Ho Chee Ling bersama usaha beliau dalam mengurus syarikatnya dengan penuh dedikasi dan sama-samalah kita mengambil manfaat dan iktibar dari setiap pengalaman beliau dan bagaimana Agrobank telah membantu perniagaan Syarikat Saddad Resources Sdn Bhd sehingga ke peringkat yang membanggakan. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap Khamis di saluran 501 Astro Awani.
Episod 18 (28 November 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 18 mengisahkan perniagaan yang menghasilkan manisan yang telah menawan ramai hati orang dengan keunikannya serta kejayaan oleh pengusaha Truffles Bread & Cake ini. Ikuti kisah Farah Ummi Qhairunnissa Bt. Hj. Mohd Jamali bersama usaha manisnya dalam menghasilkan roti truffle dan kek dengan membekalkan pelbagai jenis roti, kek dan pastri yang lazat. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 17 (21 November 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 17 mengisahkan hasil kerja keras yang membawakan kejayaan kepada pengusaha ternakan ayam halal, Rastamas Group. Ikuti kisah Datuk Mohd. Tahir Haji Picho bersama usahanya dalam menghasilkan sumber ternakan halal yang menjana kepada hasil yang lumayan. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 16 (14 November 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 16 mengisahkan kejayaan Mohd Yusairi Bin Mohd Yusof bersama usahanya dalam menghasilkan biji benih rumput ke seluruh Malaysia serta Siti Rohmah Osman yang membekalkan kerepek dan kuih siput yang menjadi kegemaran ramai pembeli. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 15 (7 November 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 15 mengisahkan kejayaan pengusaha ternakan ikan dalam sangkar yang menyediakan ikan ternakan yang berkualiti. Ikuti kisah Alias Bin Mamat bersama usahanya dalam menghasilkan sumber yang lumayan melalui ternakan ikan dalam sangkar dengan rancangannya untuk berkembang lebih maju.
Episod 14 (31 Oktober 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 14 mengisahkan kejayaan 3 orang agropreneur wanita ini dalam melalui Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i di negeri Sabah. Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i merupakan program pembiayaan mikro berkumpulan untuk usahawan wanita. Ikuti kisah Puan Irene, Puan Kotinah dan Puan Julita bersama usaha mereka dalam menjana pendapatan komuniti luar bandar melalui bidang pertanian dan bagaimana Agrobank telah membantu usahawan-usahawan wanita menerusi Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i.
Episod 13 (24 Oktober 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 13 mengisahkan kejayaan syarikat Mimi Suri Heritage Sdn Bhd yang menyediakan konsep perniagaan yang menarik mengikut trend masa kini, sesuai dengan semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ikuti kisah Suzana Shafie & Amri Hasim bersama usahanya dalam menghasilkan makanan & minuman yang mementingkan kesihatan dan bagaimana Agrobank membantu syarikat ini menyediakan teknologi industri yang memudahkan penghasilan produk.
Klik untuk paparan video
Episod 12 (17 Oktober 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 12 mengisahkan kejayaan syarikat Kina Karar Sdn Bhd yang menyediakan hasil tanaman yang segar dan berkualiti. Ikuti kisah Kansar anak Karar bersama usahanya dalam menghasilkan sumber yang lumayan untuk greenhouse dan bagaimana Agrobank membantu syarikat ini menyediakan hasil tanaman secara fertigasi.
Episod 11 (10 Oktober 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 11 mengisahkan kejayaan syarikat Jaya Nets Sdn Bhd membekal dan mengedar jaring dan tali yang berkualiti ke seluruh Asia Tenggara. Ikuti kisah Datuk Chew Hui Thong dengan kejayaan dalam membina empayar sehingga merangkumi tiga generasi dan bagaimana Agrobank membantu industri yang secara tidak langsung berkait rapat dengan sektor pertanian seperti industri pembuatan tali ini.
Episod 10 (3 Oktober 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 10 mengisahkan kejayaan Hacks (M) Sdn Bhd yang membekal dan mengedar gula-gula herba Hacks. Ikuti kisah usaha keras dan kejayaan legasi daripada keluarga yang bermula sejak dahulu lagi oleh Datuk Seri Barkath Ali yang mewarisi perniagaan daripada bapanya dan bagaimana Agrobank membantu syarikat ini dalam menghasilkan produk gula-gula herba yang halal dalam memastikan produk ini menjadi pilihan utama pelanggan. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 9 (26 September 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 9 mengisahkan kejayaan Syarikat Muslim Food Industries (MFI) yang membekal dan mengedar makanan halal seperti mee kuning, kuey tiaw dan cili boh. Ikuti kisah usaha keras yang memartabatkan pengeluaran produk halalan toyyiban daripada Encik Sayyaf Jamaludin dan bagaimana Agrobank membantu syarikat ini dalam menghasilkan produk halal dengan menggunakan teknologi terkini dan mempunyai rangkaian pengedaran yang berintegriti tinggi dalam memastikan produk halal menjadi pilihan utama pelanggan. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 8 (19 September 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 8 menampilkan Syarikat Eng Hiap Seng (Rengit) Sdn Bhd yang membekal dan mengedar kopi dan kelapa berkualiti tinggi dan Halal yang bermula daripada ladang kopi sehinggalah ke kilang pemprosesan. Ikuti kisah usaha keras yang membawa hasil lumayan daripada Datuk Allan Gan Kim Kee dan bagaimana Agrobank membantu syarikat dan industri kopi dari huluan ke hiliran perusahaan dalam Ikon Agro di saluran 501 Astro Awani pada jam 8:30 malam.
Episod 7 (12 September 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 7 menampilkan Syarikat Dulai Fruits Enterprise Sdn Bhd yang membekal dan mengeksport durian beku dan pes durian yang berkualiti tinggi. Ikuti kisah Eric Chan Yee Hong dan bagaimana Agrobank membantu syarikat dan industri durian dalam Ikon Agro di saluran 501 Astro Awani pada jam 8:30 malam.
Episod 6 (5 September 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 6 mengisahkan tentang Industri beras yang merupakan sumber kejayaan bisnes agro bagi usahawan ini. Syarikat Capital Route Sdn. Bhd. merupakan pembekal dan pengedar beras berkualiti tinggi dan halal. Ikuti kisah Encik Ter Thiam Sim dalam industri beras jam 8:30 malam di saluran 501 Astro Awani.
Episod 5 (29 Ogos 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 5 menampilkan Ternakan Kamran Sdn Bhd. yang merupakan pengeluar lembu yang berkualiti. Perniagaan ternakan ini telah bermula sejak 60 tahun lalu yang diwarisi dari bapa beliau. Impian besar beliau untuk empayar ternakan ini bermula dari 200 ekor lembu sehingga 9,000 ekor lembu dalam satu masa dan turut menghasilkan 60,000-70,000 ekor setahun. Ikuti kisah Datuk Raghu Loganathan Pillai dalam industri ternakan lembu pedaging jam 8:30 malam di saluran 501 Astro Awani.
Episod 4 (22 Ogos 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 4 mengisahkan dimensi baharu bisnes pengeluaran telur ayam. Syarikat Teong Choon Poultry Farm Sdn. Bhd. adalah merupakan pengeluar telur ayam berkualiti yang mempunyai ladang ayam telur sehinggalah proses pengedaran telur ayam. Saksikan dengan lebih lanjut bagaimana Agrobank membantu Syarikat Teong Choon Poultry Farm Sdn. Bhd. sehingga berjaya memiliki kilang pengedaran telur ayam dan juga kilang pemprosesan dedak ayam. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 3 (15 Ogos 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 3 mengisahkan dengan lebih lanjut bagaimana Program Agropreneur Muda Agrobank telah membantu Famox Plantation (M) Sdn Bhd sehingga menjadi pengeluar jagung bijirin terbesar di Malaysia. Pengeluaran jagung bijirin dalam negara dapat mengurangkan import makanan bagi haiwan ternakan. Ini kerana pada setiap tahun dianggarkan hampir 4 juta tan makanan ternakan diimport dari negara luar (setakat 2018). Disebabkan ini, harga daging mentah keluaran tempatan akan turut dipengaruhi turun naik mata wang negara atas perkiraan kos makanan bagi haiwan ternakan. Pengeluaran jagung bijirin ini masih lagi hijau di Malaysia dan Agrobank sangat menggalakkan lebih ramai usahawan muda menceburi bidang ini. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 2 (8 Ogos 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 2 menampilkan APS Manja yang merupakan sebuah syarikat perusahaan pes cili, cili giling, sos cili dan kicap. Perniagaan mereka telah dijalankan sejak lebih 38 tahun yang lalu yang dimulakan secara kecil-kecilan di sebelah rumah sehinggalah sekarang telah berjaya memiliki kilang pemprosesan sendiri. Jangan lupa temujanji kita jam 8.30 malam setiap hari Khamis di Saluran 501 Astro Awani.
Episod 1 (1 Ogos 2019)
- Ikon Agro Musim ke-2 episod 1 menampilkan syarikat ZS Armin Sdn Bhd yang merupakan antara pengusaha pengimport daging sejuk beku segar Muslim Bumiputera di Malaysia. Bagi ZS Armin, perniagaan yang mereka usahakan merupakan Fardu Kifayah bagi memastikan keseluruhan proses mengimport dan mengedarkan daging segar dan sejuk beku dijalankan secara halalan toyyiban. ZS Armin hanya membekalkan produk halal yang diimport daripada pembekal yang diiktiraf halal. Oleh itu produk yang dipasarkan terpelihara daripada masalah percampuran gudang simpanan atau lori penghantaran. Selain itu, ZS Armin juga menjalankan inisiatif bagi membantu golongan B40 dan asnaf berniaga dan menjadi usahawan iaitu perniagaan francais ‘Bomb Burger’. Kini Bomb Burger telah pun mendapat lebih 100 pemohon.
Ikon Agro Siri-1 menampilkan seramai 50 ikon dalam 25 episod bermula 1 Ogos 2018 sehingga 16 Januari 2019.
Episod 25 (16 Januari 2019)
- Ikon Agro episod 25 menampilkan dua syarikat yang terlibat dalam perniagaan berasaskan tanam sayuran dan buah-buahan tempatan iaitu Mie Salak Manis Enterprise (MSME), pengusaha projek nangka di TKPM Serengkam dan juga Zamri Agro Farm, pengusaha ladang tanaman durian ‘Musang King’.
Episod 24 (9 Januari 2019)
- Ikon Agro episod 24 menampilkan dua usahawan dalam sektor ternakan iaitu SS Jaya Trading yang membekal serta menjual lembu serta kambing bagi memenuhi pasaran tempatan serta NS Dairy Farm Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan lembu tenusu, selain turut terbabit dalam sektor agro-pelancongan.
Episod 23 (2 Januari 2019)
- Ikon Agro episod 23 menampilkan usahawan wanita Puan Alinah binti Mohd Karim dari Alinah Karim Sdn Bhd dengan kejayaan perusahaan Cili Boh di Tanjung Minyak, Melaka dan Encik Faizul Mat Hassan Pertubuhan Peladang Kawasan Beseri, Perlis dengan kejayaan sebagai mentor kepada pesawah dalam penghasilan padi berkualiti dan sawah gemilang di sekitar Beseri, Perlis.
Episod 22 (26 Disember 2018)
- Ikon Agro episod 22 menampilkan En Jaffri Ahmad dan Puan Mazlina Kamarudin dari Bismi Cergas Sdn Bhd dengan kejayaan jenama “Ayam Bismi” serta Datin Masnah Haji Sahani, Pengasas Mira Cake House dalam industri Kek Lapis di Sarawak.
Episod 21 (19 Disember 2018)
- Ikon Agro episod 21 menampilkan syarikat Eng Heap Seng Rice & Flour Mill (M) Sdn Berhad yang mula beroperasi sejak 40 tahun lalu sebagai kilang padi dan kini cukup popular dengan produk tepung beras keluaran syarikatnya serta PJ Foods Industries Sdn Bhd yang menggunakan rempah-ratus ramuan rahsia masakan ibu pemilik syarikat ini untuk menghasilkan produk ‘bintang’ keluaran mereka iaitu rempah opor Pahang dan juga rempah nasi dagang.
Episod 20 (12 Disember 2018)
- Ikon Agro episod 20 menampilkan En. Muhammad Farhan Teo Abdullah dari Han Global Enterprise dengan kejayaan perusahaan Square House Boat di Tasik Kenyir, Terengganu serta En. Md Nasir B. Md. Zin dari Mama Food Industries Sdn Bhd dengan perusahaan Bakeri di Kuching, Sarawak.
Episod 19 (5 Disember 2018)
- Ikon Agro episod 19 menampilkan menampilkan Datuk Kassim Yaakob dari Mai Kuasa Infiniti (M) Sdn Bhd dengan kejayaan perusahaan kelapa sawit di Slim River, Perak dan Pn. Yap Di Bee bersama suami En. Wong Yoon Bing dari Marine Gold Marketing Sdn Bhd dengan perusahaan pemprosesan jagung di Bukit Beruntung, Rawang Selangor.
Episod 18 (28 November 2018)
- Ikon Agro episod 18 menampilkan Zainon Salleh dari ZS Maju Product dengan kejayaan perusahaan makanan kerepek di Pasir Puteh, Terengganu dan Chin Teik Hon dari West Coast Aquaculture Sdn Bhd dengan perusahaan ternakan ikan sangkar di Langkawi, Kedah.
Episod 17 (21 November 2018)
- Episod ke-17 #IkonAgro menampilkan Che Hasanlim Hasan dari Perniagaan Kundang Maju dengan kejayaan ternakan ikan dalam sangkar seperti Ikan Patin, Talapia & Baung di Temerloh, Pahang dan Abdullah Kasdi dari Aina Aini Enterprise dengan perusahaan santan dan kedai runcit di Serian, Sarawak
Episod 16 (14 November 2018)
- Episod ke-16 #IkonAgro menampilkan dua usahawan Agrobank yang bermula secara kecil-kecilan dari MKR Food Industry dan juga Smart Food Venture Networking Sdn Bhd di mana kedua-duanya kini berjaya bergelar jutawan.
Episod 15 (7 November 2018)
- Episod ke-15 #IkonAgro menampilkan Nurul Hana Nordin dari Tokku Food Industry dalam perusahaan pemprosesan keropok lekor dan isi ikan di Terengganu serta Koh Vui Yu dengan kejayaan syarikat Koh Yee Enterprise dalam penanaman sayur-sayuran di Kundasang.
Episod 14 (31 Oktober 2018)
- Episod ke-14 #IkonAgro menampilkan En. Mat Ismail Jusoh dari Perniagaan Warisan Ketereh yang berjaya dalam perusahaan Budu sehingga menembusi pasaran China serta Iris Tan dengan kejayaan syarikat Top Fruits Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam industri pengeksportan durian sejuk beku.
Episod 13 (24 Oktober 2018)
- Episod ke-13 #IkonAgro menampilkan tiga usahawan Agro Teras iaitu Pn. Kulina Binti Joumi, Cik Japidah Binti Pinsin & En. Ruhajin Kuwasa dalam perusahaan asas tani di Kundasang, Sabah serta En. Mazlan Ramlee dari Wanz Along General Trading dalam perusahaan berasaskan ikan di Miri, Sarawak.
Episod 12 (17 Oktober 2018)
- Episod ke-12 #IkonAgro menampilkan En. Mohamed Azlan bin Abdul Malick, peneraju Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn Bhd dalam perusahaan Kurma di Bukit Minyak, Pulau Pinang serta En. Lee Pow Foh dalam pembuatan dan pembekalan kopi dari syarikat Global Coffee Sdn Bhd di Shah Alam.
Episod 11 (10 Oktober 2018)
- Episod ke-11 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan En. Wong Kim Yan dan Pn Teoh Lay Suan dari LS Marine Culture Trading yang mengusahakan ternakan Ikan Sangkar di Batu Maung, Pulau Pinang serta Pn. Andulinah Angkaring pengusaha kedai runcit dari Madinah Enterprise Sdn Bhd yang merupakan nadi penduduk pedalaman di perkampungan Nabawan, Sabah untuk mendapatkan keperluan harian.
Episod 10 (3 Oktober 2018)
- Episod ke-10 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan dua buah syarikat yang bermula secara kecil-kecilan serta melalui pelbagai rintangan serta cabaran namun kini cukup berjaya dalam industri asas tani. Tiga ikon ini adalah Tuan Hj Alias Hj Ali yang terkenal dengan jenama Jeruk Madu Pak Ali dari Pulau Pinang serta pasangan suami isteri, En. Chin Fook Keong dan Pn. Stephenie Toh Swee Fun yang mengusahakan industri penternakan ayam kampung dengan teknologi serba moden.
Episod 9 (26 September 2018)
- Episod ke-9 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan dua usahawan agro yang merupakan penerima Anugerah Agropreneur Agrobank 2018 iaitu Datuk Lau Hai Po bagi kategori Agropreneur Inovasi dan Pn. Zarida Zakaria bagi kategori Agropreneur Orang Kurang Upaya.
Episod 8 (19 September 2018)
- Episod ke-8 #IkonAgro yang memaparkan kisah dua usahawan agro dari negeri di bawah bayu, Sabah iaitu Datuk Yap Yun Fook dari Syarikat Evergreen Livestock Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan ikan talapia serta lembu tenusu dan juga Pn Deliam Hj Zainuddin dari Syarikat Deliam Hj Zainuddin Enteprise yang popular dengan produk sos tiram berjenama ‘Mak Anna’.
Episod 7 (12 September 2018)
- Episod ke-7 #IkonAgro yang menampilkan kisah Datuk Heng Pooi Hong dari United SFL Plantation Sdn Bhd yang menggabungkan teknologi tinggi dan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran produk sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameroon dan juga Pn. Rubiah Mohamed yang bukan sahaja mengeluarkan produk makanan tradisional sejuk beku seperti karipap,samosa dan roti canai segera malah turut memperkasakan golongan wanita agar menjalankan perniagaan sendiri.
Episod 6 (5 September 2018)
- Episod ke-6 #IkonAgro yang menampilkan kisah kejayaan Patrick Teoh dari Rompine Integrated Pineapple dalam penanaman Nanas di Rompin, Pahang dan kisah Lim Mau Soon (Mr Allen) dari PLS Marketing Sdn Bhd yang terkenal dengan produk beras dari Sekinchan.
Episod 5 (29 Ogos 2018)
- Episod kelima #IkonAgro menampilkan Cheng Thee Yong dari Mayfresh Frozen Sea Products dalam perusahaan makanan laut sejuk beku di Pahang dan kisah Puan Norazrin Amat Tarmezi dari Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd yang mewarisi perniagaan ibunya yang terkenal dengan produk kerepek ubi pelbagai perisa dari Sungai Pelek, Selangor.
Episod 4 (22 Ogos 2018)
- Episod keempat IKON Agro menampilkan Datuk Haris Embong, usahawan ternakan ayam kacuk kampung (AKK) yang kini antara pembekal AKK terbesar di negara dan juga Vijendran Selvaraj, anak pemilik Raju’s Hill Strawberry Farm yang cukup popular dengan ‘milk-shake’ strawberi, salah satu manisan perlu dicuba sekiranya berkunjung ke Cameron Highlands.
Episod 3 (15 Ogos 2018)
-
Episod ketiga IKON Agro memaparkan kerjasama strategik di antara Agrobank dan PPK Kuala Langat dalam usaha untuk membangun dan memberi akses pembiayaan kepada komuniti pertanian terutama dalam Fertigasi Cili. Turut dipaparkan kisah Jonny Tan di sebalik penghasilan Nata de Coco, jeli dan puding produk inovasi berasaskan agro keluaran Happy Alliance (M) Sdn Bhd.
Episod 2 (8 Ogos 2018)
- Fokus episod kedua adalah kisah dua usahawan kental yang mengangkat industri penternakan lembu dan juga pembekalan beras di mana perniagaan mereka kini mendatangkan hasil yang cukup lumayan.
Episod 1 (1 Ogos 2018)
- Episod pertama Ikon Agro memaparkan kisah dua usahawan agro yang menjadikan produk halal dalam membina empayar perniagaan mereka. Ikuti kisah di sebalik jenama Ramly Burger yang diasaskan Datuk Ramly Mokni dan isterinya Datin Shala Siah Abdul Manap. Episod ini juga turut melihat bagaimana perusahaan makanan tradisi oleh MHP Enterprise yang kini sudah menembusi pasaran global.