Kemudahan Skim AgroMakanan (PENJANA)
- Bagi menyokong keperluan kewangan bagi sektor pertanian dan makanan negara terutamanya usahawan mikro dan komuniti B40 yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Agrobank telah menyediakan skim pembiayaan khas di bawah Skim AgroMakanan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Berikut merupakan ciri-ciri Skim AgroMakanan (PENJANA):
Deskripsi | Butiran |
Objektif Kemudahan |
Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas. |
Jumlah Peruntukan Dana |
RM350 juta. |
Syarat Kelayakan |
● Pengusaha mikro dan komuniti B40 dan berwarganegara Malaysia. |
Tujuan Pembiayaan |
● Perbelanjaan Modal kerja dan/atau |
Jumlah Pembiayaan Maksimum |
● Sehingga RM50,000.00 bagi setiap pelanggan. |
Kadar Keuntungan Kepada Pelanggan |
Kadar keuntungan pembiayaan adalah 3.5% setahun. |
Tempoh Pembiayaan Maksimum |
Sehingga 5 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama. |
Cagaran |
Tiada cagaran diperlukan di bawah kemudahan ini. |
Ketersediaan Kemudahan |
Mulai September 2020. |
Muat turun soalan-soalan lazim (FAQ) Skim AgroMakanan (PENJANA)