AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Maskot

MENGENAI MASKOT 

Ladybug / Ladybird / Kumbang Kura-Kura


Nama

 

  • Nama Saintifik : Coccinellidae 
  • Nama Komersil : Ladybug, Ladybird, Lady Beetle dan Lady Fly

Lokasi

 

  • Ia terdapat dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk. Ia boleh berhibernasi sepanjang musim sejuk dan kembali aktif selepas musim panas. Serangga yang paling banyak mendiami kawasan di dunia.

Jumlah Spesis

 

  • Terdapat lebih kurang 5000 spesis ladybug.

Bentuk

 

  • Mempunyai pelbagai stuktur badan dan yang paling dikenali adalah berbentuk separuh bulat dan kubah.

Jangka Hayat

 

  • Sangat singkat, lebih kurang setahun.

 

Warna dan Bau

 

  • Mempunyai warna yang terang dan corak yang terang dan menarik.
  • Corak ini adalah sebagai amaran kepada pemangsa untuk tidak menyerang atau memakannya.
  • Ia juga akan mengeluarkan bau yang busuk, darah atau cecair yang boleh dijadikan sebagai mekanisme pertahanan diri daripada haiwan pemangsa seperti burung dan serangga-serangga lain.
  • Ladybird terdiri daripada pelbagai warna, ada yang berwarna kuning, merah dan ada juga yang berwarna jingga serta dihiasi dengan bintik-bintik hitam pada badannya.

Kelebihan

 

  • Ladybird membantu proses pendebungaan terutama untuk buah-buahan dan sayuran tertentu.
  • Ladybird dikenali sebagai serangga penyelamat atau Sahabat Petani.
  • Mudah ditemui di kawasan yang mempunyai tanaman makanan seperti pokok berbuah atau berbunga.
  • Bertindak sebagai agen kawalan biologi yang berpotensi serta mesra alam kerana serangga ini merupakan pemangsa yang makan serangga lain yang merosakkan daun-daun tanaman tanaman.
  • Sangat efektif mengawal serangga-serangga kecil perosak tanaman sekaligus membantu para petani memastikan tanaman sentiasa terjaga dengan baik serta tidak rosak.

Makanan

 

  • Aphid (Bena)
  • Koya (Mealybug)
  • Whitefly.
  • Beberapa jenis serangga kecil.

Rasional

  • Mula diperkenalkan sebagai maskot rasmi Agrobank pada tahun 2010
  • Pemilihan dibuat kerana persamaan warna utama serangga ini adalah tepat mewakili gabungan warna logo korporat Agrobank iaitu MERAH dan HITAM
  • Selain itu, ternyata sifat serangga ini yang dikenali sebagai ‘SAHABAT PETANI’ juga dilihat selari dengan misi dan visi Agrobank yang secara dasarnya sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan perbankan dan bantuan kewangan menyeluruh khususnya dalam bidang pertanian dan industri asas tani