Visi
Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan
Misi
Meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh
Objektif
- Menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh;
- Menyelaras dan menyelia pemberian kredit daripada dana awam untuk tujuan pertanian oleh pelbagai orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak;
- Menyediakan pembiayaan, pendahuluan dan kemudahan kredit untuk pembangunan pertanian dan perniagaan berkaitan pertanian;
- Menggalakkan simpanan dengan mengutamakan sector pertanian dan demi memajukan objektif ini, menerima simpanan dan deposit masa;
- Meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian; dan,
- Melaksanakan perniagaan am institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif yang menyediakan keperluan kewangan menyeluruh kepada pelanggannya.