AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pemulih Newbiz (Apply Now)

Di Agrobank, kami menyediakan skim pembiayaan khas yang dikenali sebagai PEMULIH NewBiz bagi rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran ekonomi semasa dan impak pandemik COVID-19 dengan menawarkan kemudahan pembiayaan bagi memulakan perniagaan mikro yang berasaskan makanan.

Antara aktiviti perniagaan yang terlibat adalah aktiviti pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food, dan yang berkaitan dengannya serta bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan di rumah (termasuk bagi pengedaran dan/atau pemprosesan) atau aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen.

Sekiranya anda berminat untuk memohon kemudahan pembiayaan di atas, sila hantar permohonan anda dan kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin.


Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (untuk permohonan bersama, jika berkenaan)
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan dan/atau lesen perniagaan jika anda mempunyai premis perniagaan tetap atau separuh kekal
  • Salinan Penyata Bank/rekod Jualan (jika berkenaan)

Perakuan:

1. Saya/Kami dengan ini mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di sini adalah benar dan jika sebaliknya, pihak Agrobank berhak menolak permohonan kemudahan pembiayaan ini dan/atau menarik balik kemudahan pembiayaan.

2. Saya/kami bukan seorang yang bankrap/muflis dan tidak ada sebarang dakwaan/tindakan undang-undang yang sedang berjalan/hukuman dibuat terhadap saya/kami atau menunggu apa-apa perbicaraan di mana-mana mahkamah.

3. Saya/Kami membenarkan Agrobank atau wakil Agrobank untuk mendapatkan/memberi maklumat peribadi diri atau apa-apa maklumat lain saya/kami berkait dengan permohonan ini daripada/kepada pihak Syarikat Kewangan/Bank/Majikan ataupun lain-lain pihak yang berkenaan, bagi tujuan permohonan pembiayaan ini.

4. Saya/kami dengan ini bersetuju membenarkan Agrobank melakukan apa-apa semakan/pengesahan kredit ke atas saya/kami atau mendedahkan maklumat berkenaan kemudahan pembiayaan ini atau Pelanggan kepada Bank Negara Malaysia, Biro Kredit, mana-mana Agensi Kerajaan dan/atau mana-mana agen yang dilantik oleh Agrobank dari semasa ke semasa yang Agrobank fikirkan perlu, bagi tujuan permohonan pembiayaan ini, selaras dengan undang-undang yang berkaitan termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

5. Saya/kami juga bersetuju membenarkan Agrobank melakukan apa-apa semakan/pengesahan kredit berkaitan dengan mana-mana agensi pemberi biaya seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) or Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagaimana yang diperlukan oleh Agrobank ke atas saya/kami serta memberi atau mendedahkan maklumat berkenaan kemudahan pembiayaan ini atau Pelanggan kepada pihak-pihak tersebut bagi tujuan dan berkaitan dengan kuatkuasa dan pengekalan hak Agrobank yang dinyatakan di sini atau jika diperintahkan oleh Mahkamah.

6. Saya/kami mengaku tidak mempunyai adik beradik atau suami atau isteri atau anak atau ibu atau bapa yang bekerja di Agrobank.

7. Butir-butir di atas dan perakuan yang diberikan dalam borang ini akan diterima pakai dan akan terus berkuatkuasa tanpa mengambil kira apa-apa surat cara pembiayaan ditandatangani sekiranya pembiayaan diluluskan.

8. Saya/kami juga membenarkan pihak majikan saya/kami atau mana-mana pihak yang berkaitan membuat potongan hasil/pendapatan bagi pembayaran ansuran sekiranya saya/kami memperolehi kemudahan pembiayaan ini.

9. Saya/kami dengan ini mengesahkan akan menggunakan wang kemudahan ini bagi tujuan perniagaan atau projek yang dibiayai Agrobank di bawah kemudahan pembiayaan ini sahaja.

10. Saya/kami faham bahawa permohonan bagi kemudahan pembiayaan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Agrobank.

11. * Saya/Kami memperakui bahawa (sila tanda jawapan):

i) Mempunyai hubungan dengan pekerja di bahagian kredit Agrobank (Connected Parties)
ii) Mempunyai hubungan dengan pekerja Bank Non-Connected Parties
iii) Mempunyai kaitan dengan Politically Exposed Person (PEP)*

Jika Ya, sila lengkapkan butiran PEP di bawah:

* PEP : Individu yang atau diamanahkan memegang jawatan awam yang penting di dalam negara atau peringkat antarabangsa. ** Ahli keluarga PEP : Mereka yang dijangka akan mempengaruhi atau dipengaruhi oleh PEP, serta berkait rapat dengan PEP termasuk suami/isteri pasangan, anak, ibu-bapa, adik-beradik dan pasangan mereka.

 Saya/Kami bersetuju dengan perakuan di atas
FacebookInstagramRakanLain-lain