AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pasca Moratorium: Semua Cawangan Agrobank Mengadakan Hari Terbuka pada 19 dan 23 September 2020



KUALA LUMPUR – Agrobank akan mengadakan hari terbuka di semua 136 cawangannya di seluruh negara* pada hari Sabtu, 19 September dan Rabu, 23 September untuk membantu pelanggan yang memerlukan bantuan lebih lanjut berkaitan pembayaran balik pembiayaan mereka setelah tempoh moratorium selama enam bulan berakhir pada 30 September ini.

Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank  berkata, pelanggan yang terjejas digalakkan untuk mengambil kesempatan ini untuk datang ke bank dan dipertimbangkan untuk bantuan atau pertolongan yang sesuai bagi pembiayaan peribadi atau perniagaan semasa mereka.

“Penamatan moratorium automatic selama enam bulan bagi  seluruh industri pada 30 September tidak bermakna Agrobank akan melepaskan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan pembiayaan optimum kepada pelanggan dalam jangka panjang.”

“Oleh itu, pada hari terbuka ini, kami menggalakkan para pelanggan kami untuk datang ke mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara, mengadakan perbincangan secara bersemuka untuk lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang ada, bagi membantu mereka melalui tempoh pemulihan COVID19 ini,” kata Khadijah.

Khadijah menambah, “Pelanggan kami adalah amat penting bagi kami dan Agrobank akan sentiasa berdiri teguh bersama mereka yang telah bertahun-tahun bersama kami dan akan terus melakukan apa yang betul oleh mereka pada waktu yang mencabar seperti ini untuk memastikan keperluan kewangan mereka dijaga dengan baik samada diwaktu krisis mahupun seterusnya.”

Hari terbuka ini akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan bertujuan untuk memberi bantuan dan membolehkan pelanggan menangguhkan pembayaran pembiayaan mereka, memohon pengurangan ansuran atau menyusun semula pembiayaan mereka untuk jangka masa tertentu, berdasarkan kes demi kes.

Selain itu, Agrobank juga telah secara proaktif bertemu dengan para pelanggannya untuk memahami keadaan kewangan mereka dengan lebih baik setelah tempoh moratorium berakhir dan juga untuk mencari penyelesaian untuk menangani cabaran yang mereka hadapi melalui pelbagai siri bimbingan perniagaan, Klinik Bisnes, sesi webinar dan beberapa inisiatif lain dari bulan Mac hingga September 2020.

*Kecuali cawangan Alor Setar kerana PKPD