AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Menjadi Tarikan Usahawan Tani di Sambutan HPPNK 2019



Ruang pameran Agrobank sempena sambutan Hari Peladang Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor, menjadi tumpuan agropreneur dan usahawan tani negara.

Sambutan HPPNK 2019 itu dirasmikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada Khamis.

Sambutan HPPNK 2019 berlangsung selama empat hari dan berakhir 1 Disember 2019 ini merupakan acara dwi tahunan bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan negara.

Sempena HPPNK 2019, Agrobank membuka ruang pameran di AgroNiaga dengan konsep ‘bank mini’. Segala urusan perbankan di bank boleh dibuat di booth Agrobank termasuklah pembukaan akaun, pembayaran bil dan beberapa urusan perbankan yang lain.

Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, pelbagai aktiviti disusun untuk pengunjung yang datang ke ruang pameran Agrobank, termasuk sesi penerangan dan khidmat nasihat mengenai produk-produk dan peluang kerjaya bersama bank.

Antara produk yang ditawarkan sempena sambutan HPPNK 2019 ialah promosi produk pembiayaan, kempen simpanan Kita-kita Aje 2, jualan produk takaful perlindungan diri, Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Tanaman Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), promosi pembiayaan AgroBakti untuk OKU dan pembiayaan mekanisasi mesin untuk pertanian iaitu MAEF-i.

“Sebagai sebuah bank yang memberi fokus kepada pertanian, Agrobank menyediakan pelbagai pembiayaan bersesuaian untuk usahawan berkala kecil (mikro), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan juga syarikat korporat seperti pengusaha kilang dan juga tujuan eskport.

“Kadar keuntungan pembiayaan yang diberikan Agrobank juga menarik. Contohnya pembiayaan Tabung Untuk Makanan (3F) yang dikhususkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan import makana serta menyediakan pembiayaan bagi projek-projek dalam sektor makanan hanya mengenakan kadar keuntungan sebanyak 3.75% setahun,” katanya.

Puan Khadijah berkata, selama 50 tahun dalam sektor pertanian, Agrobank sentiasa berusaha menambah solusi yang sesuai dan relevan untuk usahawan Agro.

“Agrobank juga menyokong usaha untuk usahawan yang menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi selain turut membiayai peralatan automasi seperti dron, mesin dan sebagainya.

“Agrobank mempunyai sebuah booth khusus di Laman Mekanisasi di HPPNK bagi mereka yang mencari peluang pembiayaan untuk keperluan seperti ini,” katanya.