AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Perluas Perkhidmatan Cashless Ke Daro, Sarawak



DARO, SARAWAK 12 OKTOBER 2023 – Agrobank baru-baru ini melancarkan Program Komuniti Cashless Daro, Sarawak dalam usaha mewujudkan urusniaga tanpa tunai (cashless) di kalangan masyarakat setempat dan peniaga luar bandar.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan penduduk kampung untuk melakukan transaksi pembayaran berkonsepkan digital iaitu cashless melalui DuitNow selain memupuk aktiviti pembayaran lebih mudah, cepat dan selamat.”

“Agrobank percaya dengan adanya kemudahan cashless ini ianya akan menjadi solusi terhadap masalah penduduk setempat yang setelah sekian lama berhadapan dengan masalah kekurangan mesin ATM dikawasan sekitar. Inisiatif ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih 5,000 orang penduduk”, tambahnya.

Tambah juga inisiatif cashless ini bakal memberikan kelebihan kepada peniaga-peniaga untuk pengurusan kewangan yang lebih efisien, peluang perkembangan perniagaan, mempelbagaikan pilihan pembayaran serta pengurusan inventori yang lebih berkesan.

Terdahulu, Agrobank turut menyerahkan kanopi Cashless Penjaja kepada hampir 30 penjaja yang telah dikenal pasti dalam usaha membantu meringankan kos perniaagan mereka. Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan penduduk kampung pedalaman bagi menawarkan peluang perniagaan dan perkhidmatan Agrobank kepada penduduk luar bandar.

Majlis dirasmikan oleh Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Yang Berhormat Safiee Ahmad, disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, YBhg. Dato’ Marzunisham Omar dan masyarakat sekitar.

Agrobank sedang merangka perancangan strategik untuk memperluaskan inisiatif ini ke kawasan lain di negeri Sarawak.