AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Salur Sumbangan Bernilai RM50,000 Kepada Komuniti Pasir Puteh



PASIR PUTEH, KELANTAN – Agrobank meneruskan Program Agrobank dan Komuniti khusus untuk komuniti Pasir Puteh, Kelantan, dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 dan menyampaikan surat tawaran pembiayaan kepada lima pelanggan Agrobank sebanyak RM1.04 juta. Program disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh di sini hari ini.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Misi kita pada hari ini merupakan kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Agrobank menerusi program perdana kami, “Agrobank dan Komuniti’ yang dilancarkan dengan tujuan untuk mendekati dan menyantuni komuniti setempat yang mana Agrobank beroperasi, di samping membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya inisiatif sebegini adalah penting dalam membentuk suatu sinergi yang positif antara komuniti di Kelantan dan Agrobank dalam meningkatkan pembangunan sektor pertanian dan agro makanan negara.”

Katanya lagi, “Agrobank bukan sahaja mementingkan akses perbankan yang holistik kepada semua malah kami juga amat prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Justeru, sebagai sebuah organisasi korporat yang prihatin dan dekat di hati komuniti setempat, Agrobank berasa terpanggil untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang telah banyak mendukung Agrobank sejak penubuhannya pada 1969.”

“Menerusi inisiatif ini, hari ini sebanyak dua buah masjid di sekitar Jajahan Pasir Puteh menerima sumbangan zakat sebanyak RM10,000 dan seramai 230 orang pelajar daripada lima sekolah menerima sumbangan berupa barangan keperluan sekolah seperti beg sekolah, botol air dan lain-lain dengan jumlah keseluruhan RM40,000. Kami juga turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan kepada lima pelanggan Agrobank** impilikasi kewangan  sebanyak RM1.04 juta,” tambah beliau.

Tengku Ahmad Badli Shah memaklumkan bahawa setakat Disember 2021, Agrobank mencatatkan jumlah baki pembiayaan di negeri Kelantan sebanyak RM742.15 juta dengan pertumbuhan sebanyak sembilan (9) peratus bersamaan dengan RM61.09 juta berbanding tahun 2020.

“Ini menunjukkan bahawa kegiatan pertanian di Kelantan ini sangat aktif dan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kelantan merupakan antara lokasi yang mempunyai tanah serta kekayaan hasil bumi yang subur, prospek perniagaan berasaskan pertanian sangat baik. Selain penanaman padi, aktiviti perniagaan hiliran seperti pemprosesan makanan dan perikanan turut menjadi pilihan usahawan di sini,” tambah beliau lagi.

Program Agrobank dan Komuniti ini turut menerima kunjungan daripada sekurang-kurangnya 500 penduduk di sekitar Pasir Puteh yang turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang hadir seperti kaunter khidmat nasihat Agrobank dan ruang pameran jualan oleh sepuluh buah syarikat*** yang juga merupakan pelanggan Agrobank.

 

1) PENERIMA BARANGAN KEPERLUAN SEKOLAH (RM40,000)*

SM Maahad Saniah – 50 pelajar

SK Bukit Jawa 2 – 45 pelajar

SMK Sri Aman – 45 pelajar

SK Kampong Berangan – 45 pelajar

SK Kamil 2 – 45 pelajar

 

2) PENERIMA SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN AGROBANK (RM1.04 JUTA)**

Naskeen Coffee – Komersil

Mzs Bestari Trading- Komersil

Aziz Perhentian Enterprise –  Komersil

Pantai Timur Agro Tani Enterprise – Mikro

Pelangi Timur Dua Trading –  Mikro