AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Terima Pengiktirafan Di Anugerah Association Of Development Financing Institutions In Asia (ADFIAP) Di India



NEW DELHI – Agrobank  sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat global apabila di anugerahkan sebagai pemenang kategori Local Economic Development oleh   Association Of Development Financing Institutions in Asia (ADFIAP) pada majlis yang berlangsung di New Delhi, India. Anugerah tersebut telah diterima oleh Pn Masaat Awadz yang menangung tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank daripada Pengerusi ADFIAP, Shirjee Roy Yodar.

Anugerah ini disampaikan bagi mengiktiraf usaha pembangunan ekonomi oleh Agrobank, terutamanya untuk Program Pembiayaan Cili Fertigasi-i di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK-Kuala Langat).

Program ini merupakan inisiatif berinovatif PPK dalam membangunkan perusahaan cili fertigasi dengan meningkatkan penglibatan dan pendapatan belia dalam perusahaan cili. Dengan tujuan memperkasakan komuniti, PPK Kuala Langat menyediakan latihan intensif dan ‘real time’ kepada pengusaha muda cili untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti yang diusahakan dan membantu pemasaran dengan harga pasaran yang baik.

Agrobank menyokong pembangunan ini dengan menyediakan pembiayaan mikro tanpa cagaran kepada ahli komuniti PPK Kuala Langat serta perkhidmatan perbanakan internet. Selain itu, semua pembayaran pendapatan cili kepada pengusaha dibuat secara ‘online’. Ini memudahkan transaksi yang lebih telus dan mempunyai simpanan rekod yang lebih teratur.

Menurut jawatankuasa pemilihan anugerah, inisiatif yang diperkenalkan oleh Agrobank sesuatu yang strategik dan berinovatif dalam memperkasakan industri pertanian negara terutamanya dalam aspek membantu komuniti yang kurang mendapat liputan untuk mendapatkan akses kewangan. Ini penting bagi membesarkan lagi aktiviti pertanian dan sekaligus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi para pengusaha tanaman cili.

Menurut Puan Masaat Awadz, Yang Menanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Agrobank amat berbesar hati dengan penganugerahan ini  dan ia memberi motivasi demi membangunkan ekonomi masyarakat agro tempatan.