AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program PEMULIH NewBiz

Program pembiayaan yang ditawarkan kepada individu yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan.

 

Kemudahan pembiayaan ini melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan kepada aktiviti  perniagaan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya
  • Menjalankan aktiviti perniagaan di rumah (home-based) yang melibatkan aktiviti seperti berikut:-
    i) Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
    ii) Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
    iii) Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya.


Kelayakan

Individu yang hendak memulakan perniagaan mikro dengan menepati ciri-ciri khusus seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan).
  • Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan perubahan negatif ekonomi sepertimana berikut:-
    (a) Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020;
    (b) Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian semenjak Mac 2020 dan masih menganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil; dan
    (c) Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.

Nota:

  • Bagi perkara (a) dan (b), pemohon perlu mengemukakan surat pemberhentian kerja atau sijil graduasi.
  • Manakala, bagi perkara (c), pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan dari Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau mana-mana Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri.


Jumlah Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan secara berperingkat (step up financing) seperti berikut:

  • Peringkat Pertama: Sehingga RM5,000.00.
  • Peringkat Kedua: Sehingga RM10,000.00 (mengambilkira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama) selepas tempoh 12 bulan dari tarikh kemudahan pembiayaan peringkat pertama dikeluarkan.
  • Selepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
  • Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan parameter kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.


Tempoh Kemudahan Pembiayaan

  • Tempoh maksimum pembiayaan: 60 bulan [Termasuk enam (6) bulan tempoh moratorium].
  • Tempoh minimum pembiayaan: 12 bulan termasuk tempoh moratorium.
  • Tiada cagaran yang diperlukan oleh pihak bank.
    * Moratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.


Kadar Keuntungan

  • 0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bagi bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun.
  • Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.


Dokumen Diperlukan

  • Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama, sekiranya berkenaan).
  • Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan sekiranya mempunyai perniagaan kekal atau separa kekal.

 

Muat Turun PDS PEMULIH NewBiz (BM)

Muat Turun FAQ PEMULIH NewBiz (BM)

Muat Turun Risalah (A5)

HUBUNGI KAMI